20130715

berat. untuk apa?


Bismillah.


Ada orang, apabila disuruh berhijrah dan tinggalkan mekah, dia merasa berat dan berbelah bahagi, takut pada uncertainties yg bakal ditempuh; perjalanan jauh, tak pernah ada experience sampai ke madinah, takut tak cukup bekal, risau dengan nasib anak isteri, mungkin diserang musuh dalam perjalanan, malas nak leceh, etc. Samalah dengan orang yang disuruh pergi berperang. Fitrah manusia, kan? Dengan sebab yang sama, opt untuk tinggal di belakang, lebih 'redha' dengan keputusan yg dibuat dan apa sahaja yang bakal terjadi seandainya tidak berhijrah. Padahal telah disuruh berhijrah dan dijanji akan ada hikmahnya walaupun tidak pasti apa bentuknya.



Ada juga orang, yang apabila disuruh berhijrah, juga merasa berat, tapi disebabkan tarikan-tarikan yang ada, maka sanggup untuk melawan perasaan malas dan leceh. Kerana jelas dengan apa yang dikehendakinya. Ada yang menjadikan tarikannya adalah Allah dan Rasul, ada juga yang menjadikan tarikannya adalah dunia, i.e. wanita yang ingin dinikahinya. "Nikah kerana Allah dan rasul, apa salahnya kalau kill two birds with one stone?" Fitrah manusia, kan? Uhuk uhuk.



Huhuh. Kita yang mana? Benarkah bila berbuat sesuatu 100% kerana Allah dan Rasul? Atau kita berbuat sesuatu yang pada luarannya kerana Allah dan rasul, tapi niat kita sudah rosak kerana habuan-habuan dunia?



Ataupun kita bila disuruh berbuat sesuatu, kita merasa berat dan memilih untuk melekat pada dunia?



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. QS9:38


Ataupun kita bila disuruh berbuat sesuatu, kita merasa ringan dan mudah melakukannya, tapi tetap bukan kerana Allah dan rasul, masih  juga kerana inclination kita pada dunia... Dan mungkin tak terasa yang diri masih incline pada dunia.. Dek justification yang diberikan pada diri kita sendiri, sedapkan hati, bahawa keputusan yang diambil itu adalah untuk Allah  dan rasul dan kononnya kerana mengambil kira awlawiyyat2 tertentu.. Eh?



On the authority of Omar bin Al-Khattab, who said: I heared the messenger of Allah salla Allah u alihi wa sallam say: "Actions are but by intention and every man shall have but that which he intended. Thus he whose migration was for Allah and His messenger, his migration was for Allah and His messenger, and he whose migration was to achieve some worldly benefit or to take some woman in marriage, his migration was for that for which he migrated." Related by Bukhari and Muslim



Ada orang, bila kita tawarkan dengan tawaran yang menarik dan jelas seperti tawaran duniawi, baru dia sanggup korbankan sesuatu. Tak salah, dakwah dengan hikmah. Tak salah juga jadi manusia yang tertarik dengan tawaran yang menarik. Tapi, sampai bila mahu jadi orang yang sentiasa berkira-kira dengan Allah oleh dunia? 


Ummu Qais, memang pada asalnya berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya, tapi, bila ditegur oleh Rasul, maka dia bertaubat, dan ceritanya menjadi tauladan buat seluruh umat yang mengambil 'ibrah daripada hadis 1 daripada kumpulan 42 hadis imam nawawi ini.


Allahua'lam. Moga ramadhan membuatkan kita lebih bertaqwa dan memotivasikan kita untuk meluruskan niat dalam setiap urusan. Selamat membuat keputusan, akhawati fillah! If you know what I mean, you know who you are. :P


.

No comments: