20130614

Larut.

Bismillah.

Baru ni ditugaskan sebagai salah seorang AJK dalam satu program IKRAMHealth. Alhamdulillah, memang dah berniat nak melapangkan cuti ni untuk all-out DnT. Kalau berjaulah, biarlah jaulah tarbawi, untuk fix diri, etc. Kalau mengerat ukhuwah, biarlah lillah, billah, fillah, minallah, ilallah. Berusaha menjadi true da'ie, yang tiada cuti dari DnT, dan rabbani saban hari. Rasa berhutang sangat dengan DnT, especially sepanjang  meniti hari-hari professional exam yang telah pun berlalu.

So anyways. Most of the AJKs adalah ikhwah akhawat bfg overseas. Ada juga satu-dua yang local graduates. Tapi semuanya qowwiy belaka, lebih experienced, lebih bersemangat, etc. 

Sebelum ni involve dengan program internal je, tak pernah pula bekerja dengan akhawat lain.

Suatu ketika dahulu, itulah yang pernah diidam-idamkan. Bekerja dengan akhawat yang qowwiy.  Bukan hanya sebagai katibahmates, atau peserta di konvensyen. Tapi untuk berada dalam satu tanzim yang sama. Supaya tiada lagi isu 'kenapaaaaaa orang lain takkkk semangat?'. Macam bajet diri sendiri bagus sangat je kan? Bukan itu yang dimaksudkan, tapi kadang-kadang itulah yang pernah aku rasa setiap kali buat program. Cuma waktu itu, aku berharap kalau orang lain bersemangat, dapatlah aku serap hamasah mereka. 'Ala kulli haal, alhamdulillah untuk pengalaman tarbiyyah beramal jamaie yang sangat aku cherish. Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.

Again. Anyways. First meeting. At first, memang excited. Tapi lepastu. Lain jadinya. Rasa inferior. Dalam meeting aku diam. Tak sumbang idea. Tunduk, salin apa orang cakap. Lepas meeting lagilah aku diam dan menunggu sahaja updates datang dan kerja diberi. Tambah pula dengan diri sendiri yang tak stabil bila balik rumah. Sudah sebulan menganggur tapi masih lagi tak dapat uskab. 'Politik mak ayah' yang masih belum jelas dengan DnT. Dan lain-lain.

Lalu aku pun 'terlarut' dengan 'cuti'. Bukan sepanjang masa larut. Yazid wa yanqus. Agak selesa dengan zon yang aku cipta sendiri untuk cope dengan ketidakstabilanku. Kalau jawab kit futur Inche Gabbana, memang score agak teruk kot. Paling terasa part soalan 6- selalu tak contact adik-adik. Dan soalan 8- perkara pertama yang dibuat kalau murobbi contact. Cuma kena tukar sikit soalan. Perkara pertama yang dibuat kalau kakak-kakak contact untuk bagi kerja DnT. Huhu.

Padahal mereka tu super duper sibuk dengan housemanship mereka. Dan ada seribu sebab untuk emotional breakdown.

Dalam ramai-ramai, aku seorang sahaja AJK yang tak kerja lagi dan sepatutnya sangat ideal untuk all-out DnT huhu.

---

Rupanya bila bersama akhawat qowwiy, aku lah orang yang melambatkan itu. Erghh. Astaghfirullah astaghfirullah.

"Kita mahukan ahli yang sama-sama berfikir, sama-sama sumbang idea, sama-sama bergerak." -kertashidup, bfg

"Tak sibuk dengan dakwah adalah sebuah keselesaan. Jika kita tidak sibuk membina orang, kita pasti akan sibuk dengan sesuatu yang lain." - muharikah, kekeringan di musim hujan

"apakah kebersamaanku memperkukuhkan atau membeban lantas menyukarkan?" - fb quote

Ya Robbana, Robbana, Robbana
Ya Robbana, Robbana, Robbana
Ya Robbana, Robbana, Robbana

Ya Tuhan kami, Yang Menguasai hati
Kami telah lupa, senantiasa bersalah
Hanya padaMu hati ingin kembali
Kami telah sesat, kami telah aniaya

Jika tanpa ampunanMu
Jika tanpa Rahmat dan cintaMu
Sesungguhnya kami adalah orang merugi

Ya Robbana, Robbana, Robbana
Ya Robbana, Robbana, Robbana

Ya Tuhan kami yang Maha Mengampuni
Tiadalah tempat untuk kami kembali
Kami yang lemah tiada daya upaya
Hanya padaMu diri ini berharap

Jika tanpa ampunanMu
Jika tanpa Rahmat dan cintaMu
Sesungguhnya kami adalah orang merugi

Ya Robbana, Robbana, Robbana
Ya Robbana Zholamna Anfussana
Wa illam taghfirlana
Wa tarhamna lanakunanna
Minalkhorsirinnn.....




"2 things define you. Your patience when you don't have anything. Your attitude when you have everything."

---

Inilah tarbiyah. Realitinya tiada yang ideal. Jangan tunggu waktu, saat, keadaan yang ideal itu, sebab ianya takkan ada. Ujian dan tapisan pasti ada. Kerana itulah sunnatullah dan tabi'e jalan dakwah.
Yang ada cuma Allah, dan bekalan daripadaNya.

---

Now I am swallowing the negative effects of my own keterlarutan.
Mohon doanya, kalau ada yang membaca.

PS: sorry banyak jargons.

.