cerita #myGMJ yang di-copy patch dari blog seorang delegasi yang juga seorang doktor.
bismillah
"Meeting MyGMJ NS yang pertama. Dapat tahu tentang peluang join bersama
ribuan lainnya ke Baitul Maqdis. Sebelum ni, bukan tidak ada pakej Umrah
+ Lawatan ke Baitul Maqdis. Cuma sebab adanya fatwa Syeikhul Azhar dan
Yusuf Qardawi tentang pengharaman lawatan ke Baitul Maqdis, atas dasar
visa kesana (usd 1000) akan masuk ke dana Israel laknatullah, maka hajat
untuk ke bumi penuh berkat tidak pernah difikirkan dengan serius. Di
samping itu, kerana sebeum ini, tidak pernah ada undangan rasmi dari
ikhwan/saudara dari palestin. Sebab biasanya, mereka lebih tahu apa yang
mereka perlukan. Kehadiran tetamu tidak diundang hanya akan memberatkan
beban kerja mereka yang sudah sedia maklum tidak ringan. Tetapi untuk
Global March to Jerusalem, buat pertama kali..ada ajakan rasmi, yang
keluar dari Perdana Menteri Palestin sendiri; Ismail Haneya"
"Kenapa tak istikharah? Kenapa tak tanya orang rumah?
Untuk apa istikharah untuk sesuatu yang sudah jelas. Keputusan Qiyadah.Tanya orang rumah? Untuk main futsal pun saya tak tanya, inikan pulak untuk hal sebesar ini.
Untuk apa istikharah untuk sesuatu yang sudah jelas. Keputusan Qiyadah.Tanya orang rumah? Untuk main futsal pun saya tak tanya, inikan pulak untuk hal sebesar ini.
Malam tu, telefon Head of Department, just beritahu nak ambil cuti
seminggu, dari tarikh sekian ke sekian. Akan settlekan masalah oncall
dan yang lain. Alhamdulillah, dapat HOD yang ada kesedaran Islam. Dia
okay saja, asalkan ana settlekan hal yang tersebut diatas."
"Post call. Yang agak busy.
Habis passover, terus rush Seremban, ambil bag; packing sikit pun tak buat lagi.
Habis passover, terus rush Seremban, ambil bag; packing sikit pun tak buat lagi.
Petang sebelum berangkat.
Mandi.
Demi Allah, tak pernah mandi seteliti itu. Bahkan lebih teliti dari Mandi wajib, apalagi sunat sebelum ni. Manala tau, ada rezeki, takdala malu dengan para malaikat nanti."
Mandi.
Demi Allah, tak pernah mandi seteliti itu. Bahkan lebih teliti dari Mandi wajib, apalagi sunat sebelum ni. Manala tau, ada rezeki, takdala malu dengan para malaikat nanti."
“InsyaAllah besok pagi kita akan bergerak dan berkumpul bersama di
lapangan berdekatan Baptism site, bersama ribuan yang lainnya. Tidak ada
marching. Tidak akan masuk ke Baitul Maqdis”
Pengumuman dari wakil Malaysia untuk GMJ, En Azmi. Selepas dari
kalimat tersebut, jujur, saya seolah tidak mendengar apa apa. Kecewa.
Sangat."
"Kecewa?
Kenapa tidak?
Kami telah mengorbankan masa, keluarga, dan yang paling penting perasaan kami demi melangkah masuk dengan gah ke Baitul Maqdis. Alih alih, hanya berkumpul. Yang mungkin lebih hebat di tanahair. Yang mungkin lebih menantang di tempat lain.
Kenapa tidak?
Kami telah mengorbankan masa, keluarga, dan yang paling penting perasaan kami demi melangkah masuk dengan gah ke Baitul Maqdis. Alih alih, hanya berkumpul. Yang mungkin lebih hebat di tanahair. Yang mungkin lebih menantang di tempat lain.
Bak kata orang Indonesia, Kecewa Berat."
"Tapi alhamdulillah, ini bukan kali pertama saya dikecewakan oleh sang
realita. Ketika yang diharapkan, yang dirasakan terbaik tidak sesuai
dengan Qada’Nya.
Perkara pertama, Taat dulu. Taat itu tidak memerlukan faham. Justeru
ia lebih diperlukan ketika kita tidak faham, ketika persoalan lebih
banyak dari jawapan.
Malam itu, surah Al Anfaal tetap saya “jamah”.
Perlahan lahan, Allah hilangkan kegusaran,
Kejernihan perlahan membersihkan kekeruhan.
Kekusutan mula beransur rapi.
Dan hati perlahan mengambil peran emosi."
Perlahan lahan, Allah hilangkan kegusaran,
Kejernihan perlahan membersihkan kekeruhan.
Kekusutan mula beransur rapi.
Dan hati perlahan mengambil peran emosi."
"Ketika permulaan niat datang dari Qiyadah, dan kebetulan bersesuaian
dengan gerak rasa kita, kita mampu untuk taat dengannya. kenapa ketika
datang arahan dari Qiyadah tetapi kali ini tidak kena dengan rasa kita,
jiwa seolah menolaknya?"
"Ketika selama ini, kita mampu bersabar dengan manhaj yang kita
yakini, perlahan tapi pasti mampu mengubah dunia, meski di hujat oleh
mereka yang fikirkan Khilafah boleh datang dengan sekelip mata, boleh
tertegak dengan duduk di masjid sahaja, boleh terjadi dengan hanya
kuasa, wujud dengan memperjuang bangsa dan sebagainya. Tapi kita tetap
yakin dan percaya. Bahawa setiap perkara perlu proses, perlu tahapan,
perlu marhalah, jauh sebelum sampai ke natijah.
Dan kita mahu ingkar terhadapnya, kali ini?"
"Dan saya teringat doa paling banyak dipanjatkan sebelum dan ketika
perjalanan. Doa yang sama dipanjatkan ibu, isteri, dan ikhwah lainnya;
KELURUSAN NIAT."
"Jordan ternyata masih sekutu kuat Israel. Kehidupan rakyatnya, tidak
lari jauh dengan umat Islam di pelosok dunia lain, masih jauh dari ummat
harapan. Bahkan, kalau tidak kerana pengaruh kuat sahabat sahabat,
ikhwah akhawat Jordan melalui Persatuan Jurutera di sana, sudah pasti
tidak akan ada sebarang perkumpulan."
"Dan para pemimpian yang faham akan panjang jauhnya perjalanan dakwah,
sudah menjangkakan hal ini dari awal. Namun menyelamatkan atau
membebaskan Al Aqsa tetapu bukan perjuangan yang mudah. Sangat susah
malah. Maka ia juga perlu tahapan. Bahkan untuk bala tentera Salahuddin
Al Ayubi. Salahuddin Al Ayubi hanyalah seorang penuntas, tetapi
perjuangannya dimulai jauh sebelum Salahuddin mengenal apa itu jihad,
apa itu tentera."
"Dan ketika Allah memuliakan kita, untuk menjadi sebahagian dari
tenteranya, meski tidak ada yang tahu, kenapa kita mahu menolaknya?"
"Teringat suatu hadith, tentang bagaimana di akhirat nanti, seorang hamba
Allah didatangi oleh Malaikat dengan membawa pakaian dan harta yang
cantik lagi memukau. Maka si fulan pun bertanya, untuk siapakah itu?
Dijawab oleh malaikat; untuk anda ya fulan, kerana anda telah
memenangkan Islam. Maka bertanya dengan hairan si fulan itu, “ketika aku
mati, keadaan masih seperti itu juga. Islam masih dinjak injak, apalagi
memerintah dunia”. Maka dengan tenang malaikat menjawab “benar, ketika
itu Islam memang belum menang, tetapi Allah tetap mengira usahamu dan
memberikan pahala kerana anak yang kau didik meneruskan perjuanganmu
sehingga kejayaan itu datang..!"
sorang lagi delegate kata:
"Ticket to Amman Rm3,500
Flags RM 1,000
Flashmobs Rm 500
Sound System Rm 25,000
Jamaah Prayer Rm PRICELESS
Kecewa sikit tak sempat solat satu saff dengan jemaah dalam stadium waktu myGMJ haritu. Tapi semoga kita termasuk dalam the ones that Allah chooses to liberate Al-Aqsa, dan tak tercicir untuk bersolat di dalamnya! Al-Aqsa, kami sangat rinduuuu! Sama macam rindunya nak pergi Al-haramain lagi sekali!
ps; GMJ collection - http://alaqsapalestin.blogspot.com/
.
No comments:
Post a Comment