الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ
مَّثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۚ يَزِيدُ فِي
الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّ اللَّهَ
عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [٣٥:١]
Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang
menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (yang menguruskan berbagai urusan)
yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk
yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.
Bismillah. Jom tadabbur.
Miss HKS, 23 year-old muslim Malay medical student, complaining of being
busy and fully occupied with her assignments, clinic works, and fulfilling the personal
duties and responsibilities to her Rabb, family and friends. (Bizi lah sangat pfft)
Kita hari-hari sibuk dengan
routine harian kita. Sibuk clerk patient, cari case untuk write-up, untuk
presentations, buat slides untuk seminar, studies untuk exam. Sangat sibuk.
Sampai rasa macam tak larat, kalau boleh nak telan je buku tu. Kalau boleh, nak
tidur, esok bangun pagi terus terer dan boleh consult patient smoothly, boleh buat
PE without hiccups and present cases fluently.
Tapi kadang-kadang terlupa yang
dekat bumi ni, selain kita, ada makhluk lain yang sibuk jugak. Yang Allah
ciptakan untuk menyibukkan diri dan uruskan macam-macam urusan.
Mereka mengevaluasi kita, manusia
yang so-called sibuk tu. Betul ke dalam bizi-bizi tu, masih buat atas dasar
kehambaan pada Allah, atau buat sebab routine, atau buat sebab nak dapat
results gempak orang puji (erk this one sounds so arrogant), atau atas dorongan
faktor lain. Itulah Raqib dan Atid. Ada yang ditugaskan untuk bagi rezeki dekat
kita, walaupun kita “terlampau bizi” untuk doa dan mohon rezeki tu. Itulah
Mikail.
Allah beri gambaran yang
makhlukNya yang satu ni sangat hebat. Ada banyak sayap, besarrr. Boleh terbang
lajuuu. Tapi kalau Allah tak cipta malaikat, takde malaikat pun, Allah still boleh
evaluate manusia. Allah tak perlukan bantuan sesiapa. And boleh je tak payah
ada malaikat, kita akan dapat rezeki kalau Allah nak kasi. Allah kan berdiri
dengan sendiri. Tapi, Allah Maha Kuasa, Maha Berhikmah, sangatt kenallll kita
ni macam mana, fitrah kita macam mana, hence Allah ciptakan sesuatu yang
membuatkan kita boleh rasa Allah ni Maha Kuasa. Dengan
terciptanya malaikat, tak mengurangkan pun kekuasaan Allah. In fact, makin bertambah
iman orang-orang yang berfikir.
There are times yang kita ni tak
rasa dan tak perasan pun yang Allah ni Maha Kuasa, tak ingat Allah ni Hebat,
even worse, tak ingat langsung pun dekat Allah, kalau tak diperingatkan dengan
sesuatu yang boleh menyentuh sensitiviti kita. Tu yang belajar sibuk-sibuk menggelembu
sana-sini tapi tak rasa dekat pun dengan Allah. (Tapi orang yang tak rajin,
over-relax, tak busy, tak lebih baik pun daripada orang yang busy dan tak ingat
Allah. Sebab kalau ingat Allah, takde la nak over-relax, yes? Uhuk). Teringat
ada sorang kakak ni yang top student dan super duper rajin tahap petala ke-8. During her graduation day, dia dapat anugerah cancelor, first person dalam medical faculty
yang dapat anugerah tu in history. Ada kakak lain cerita, akak tu kalau dia tengah study pasal brain,
dia akan tadabbur buku medic tu sampai boleh menangis, sebab betapa dia merasai kehebatan Allah tu. And kalau
flip thru all her medical notebooks, boleh jumpa banyak hadith and kalamuLlah yang
mengingatkan diri pasal kehebatan Allah yang diselit-selit. Kita? Kadang-kadang bila muhasabah,
banyaknya benda yang kita dah desensitize. T__T Padahal selalu jumpa orang sakit,
jumpa orang yang terminally ill, orang yang dah dalam palliative care phase. Banyak
je jumpa keajaiban-keajaiban dalam penciptaan manusia bila baca pasal all the diseases' pathophysiology.
Allah bagi tahu kita Dia lah yang
ciptakan langit, bumi, malaikat, jadikan malaikat sbg pengutus yang ada sayap.
Langit, dan bumi, benda yang kita hari-hari nampak, Allah reactivate
sensitivity kita terhadap kekuasaan Allah tu dengan cerita dalam ayat ni. Supaya action potential yang
di-stimulatekan daripada receptors akan sampai ke otak dan turun ke hati – sampai
bergetar hati dan terus ucap, SubhanAllah! الْحَمْدُ
لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
Dekat hujung ayat, Allah
emphasize lagi, INNA (sesungguhnya sangat sangat sangat) in each and everything, Allah lah yang maha kuasa..
Perasaan yang sama sepatutnya terbit bila baca dan study atau apa-apa sahaja
yang kita buat dalam daily life kita sehingga kita merasai kekuasaan Allah
sampai meningkatlah iman kita.. Dan itulah penghilang letih dan penat serta malas. SubhanAllahhh. Wa astaghfirullah.
Allahua'lam.
Allahua'lam.
A dose of self-reminder, drafted 2 weeks ago
.
No comments:
Post a Comment