20120108

Agar Dunia Menjadi Saksi,


bismillah, recalling back SH dulu-dulu. a repost :)

***

bismillah. astaghfirullah. tak tahu mana nak start. semoga tulisan ini lebih memberi kesan buat si penulis. dan tidak sia-sia buat si pembaca iA.

kak areen texted ada daurah syahadatul haq minggu ni.
dan kebetulan parents tak bagi join konvoi raya and suruh balik rumah.
so i was thinking, alang2 balik shah alam, dapatla join SH.
maka last minute, texted kak aisyah to register myself.
tapi bila balik rumah, ayah tak kasi, asik-asik tidur masjid je, awak tu perempuan, katanya.
macam dah nak emotional breakdown dah. sebab teringin sangat nak pergi.
dahlah punya susah nak cari program yang ada "pembinaan".
lagi-lagi bila sendiri dapat rasa diri menuju kefuturan. huk!
dengar kata pulak KDP sekarang dah strict, tak bagi orang join daurah tak penuh, sebab takut tak dapat hadam points dalam program.
macam-macam berlegar dalam kepala.
i thought, mungkin tak tunjuk akhlak baik, salah sendiri, sebab tu tak dapat gain trust from parents yang sangat care + overprotective.
mungkin juga, Allah nak suruh recall balik ISK, IPK dulu, dah buat ke tak sebelum pergi yang next. huk! pasrahlah, dan doa semoga Allah datangkan peluang yang lebih baik
so duduk rumah. baca pdf SH. pondered upon this

Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil.

amal soleh + akhlak terpuji. huee. banyak nyaaa aku tak setel lagi! i am milessss behind, astaghfirullah. macam mana nak bagi orang sekeliling faham kalau ini susah nak setel. huk!

**


a few pages after that, tiba-tiba kak aisyah texted, dan kata okay je kalau balik malam then the next day datang balik. sepakated w/ my parents for a win-win situation. alhamdulillah, Allah's the Best of all plotters =) boleh pergi daurah, tapi balik kul 10pm. so here i am, at home, while the rest of the future SH doers di masjid, sedang dalam kembara mimpi.

akh zul memulakan sharing session dengan hadith berkenaan menuntut ilmu which most of us aready knew. mafhumnya, barangsiapa pergi mencari ilmu, sesungguhnya dia pergi berjihad fiisabilillah. dan dimulai juga dengan istighfar, sepertimana umar al khattab memulakan peperangan dengan beristighfar.

kemudian ikhwah akhawwat ditanya tentang maksud syahadatul haq. pastu ada a moment of silence. aha. yang ni best. akh quote; aisyah r.a pernah berkata, sebaik-baik wanita adalah wanita ansar. kenapa? kerana rasa malu mereka tidak menghalang mereka dari memahami Ad-deen / mendalami agama. erk!

menjawab soalan yang diberi, kami diberi analogy. ibaratnya kita menyaksikan satu kemalangan langgar lari, kita nampak jelas nyata dan terang siapa orang yang melanggar, juga terang lagi bersuluh plate num kereta tuetc. and it happened that kita sorang je yang ada di tempat itu. and it so happened that kita tak lodge police report pun. sampailah masuk newspaper, tv3 tentang kes tersebut. lepastu dengan bangganya kita cerita dekat kawan kita, makcik-makcik kita, "i was there! i was there! orang tu tercampak sampai masuk longkang masa kena langgar! pastu orang tu buat dunno, pecut tak ingat dunia!". pastinya makcik2 dan kawan2 kita akan boycott kte because not lodging a crime which you witnesses is sooo not the right ethic, bukan? walaupun police takkan tahu pun yang kita ada di tempat kejadian dan police takkan tahu pun yang kita tak report police. erk, tentulah.

maka menyaksikan tanpa memberitahu orang lain vs menyaksikan DAN memberitahu orang lain are two different things which give hugeee impact to the situation, yes?

read this and relate.

“Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Dengan kata lain mereka perlu menjelaskan ke seluruh alam, kebenaran yang bakal memimpin mereka menggunakan jalan yang lurus, cara yang betul dan amalan yang berkekalan.


Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (QS2:143)

gambar curi di googleimage
4 characters
1. Kami = Allah
2. Ar-Rasul
3. kamu = umat Islam, ummatan wasatho
3. manusia = non-muslims + manusia yang "digelar" muslims yang belum naik level jadi ummatan wasatho.

Dakwah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan rasulNya. Tidak mungkin mereka boleh berpeluk tubuh daripada memikul tanggungjawab ini dengan hanya mengaku beriman atau mendakwa diri mereka sebagai muslim. Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup. Sebenarnya apabila kamu mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian kamu lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kamu sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kamu laksanakan sebaik sahaja kamu melafazkan syahadah ini. Kamu juga perlu fikirkan apakah yang dapat kamu lakukan untuk menunaikan tugas penting ini. Jika kamu tidak laksanakan kewajipan kamu ini atau kamu tidak berusaha untuk melaksanakannya kamu sebenarnya menempah akibat buruk perbuatan kamu dan kamu akan rugi di dunia dan di akhirat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya: Apakah tanggungjawab yang anda katakan boleh membawa akibat buruk jika diabaikan ini?

Suatu yang perlu anda sentiasa ingat ialah tanggungjawab besar ini tidak akan terlaksana dengan hanya kamu beriman dengan Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari akhirat. Tanggungjawab ini juga tidak tertunai dengan hanya kamu melaksanakan sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Malahan ia tidak cukup sekadar anda melaksanakan undang-undang syarak dalam urusan peribadi seperti perkahwinan, cerai atau pusaka kemudian anda boleh berpeluk tubuh tanpa menitiskan walau setitik peluh dan kamu tidur lena. Tidak, bukan demikian saudara. Ada satu tanggungjawab yang jauh lebih besar dan lebih penting daripada semua itu. Sedarlah saudara. Tanggungjawab ini ialah kamu melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kamu imani dan kamu akui sebagai agama kamu.


ie; by default, bila dah ucap 2 kalimah, automatically terletak atas bahu kita responsibility SH/dakwah. al maudidi kata, TAKKK CUKUPP dengan having faith in all 6 rukun iman + committing all 5 rukun islam + kahwin cara islam + (akh zul tambah: tak cukup dengan makan makanan halal + tunaikan solat jumaat. 2 benda yang budak overseas will first look for katanya) --> wajib main peranan untuk sampaikan jugaaa

kalau kita rasa sangat sangat to the power of infinity sangat best commit dalam islam, seronok + indah bersunyi-sunyian dengan Allah di sepertiga malam, kalau kita rasa seronok masuk sistem tarbiyyah, dan kalau kita rasa benci tak mahu tak hingin untuk commit dalam perkara yang Allah larang; kita kana bagi orang faham dan share dengan dorang that same feeling that we have about it.

kita yang dapat rasa nikmat tarbiyyah yang telah ubah diri kita threehundredandsixtydegrees, tak nak share ke dengan orang lain the bittersweetness of changing that you experience...? perjalanan ini..

.. and that Q leaves to me to ponder .. bak kata hlovate, to live hell or to live well, choice is yrs.

ps; jaga saya dalam doa kalian.

link 1; pdf SH
link 2 ; al maududi

gambar curi di googleimage 2

Kelak Tiada Alasan Yang Diberi

.