20140325

Seruan.

Seruan

Album : Berderap di Jalan yang Panjang
Munsyid : Izzatul Islam

Kamu adalah umat yang terbaik
Yang dilahirkan untuk manusia
Menyuruh kepada yang ma'ruf
Dan mencegah dari yang mungkar
Dan beriman kepada Allah

Tiada yang berhak memilah negerimu tercinta
Atau mereka musuh yang nyata

Pemuda bangkit tegak bentang cakerawalamu
Tepiskan kemalasan lepas belenggu dungu
Pemuda asah belati fikir dan akalmu
Tunjukkan semangat bagai singa tegar membaja

Takkan bebas dunia Islammu hanya dengan ragu
Dan termangu menjalin mimpi tanpa gerak maju
Takkan tegak deen-ul Islammu tanpa kerja nyata
Dan tercencang jeratan angan hampa


Negerimu nan terdengar adzanmu dipelosoknya
Barat ke timur dan selatan hingga utara

Tiada yang berhak memilah negerimu tercinta
Atau mereka musuh yang nyata

Pemuda berlalu tinta emas terukir
Berbilang saksi sejarah akan keagungan
Pemuda al Islam membubung ke langit tinggi
Getarkan bumi kokoh ketuk pintu arasyi

Kan terpatri catatan suci bak Badar berseri
Dan terurai jerat jahili bak Khandak abadi
Yakin diri kan tercipta lagi Khaibar sejati
Di naungan asma Rabbul Izzati


Gerak maju musuhmu tak batasi sudut pandangmu
Pada dinding - dinding sempit di sekelilingmu
Hancurkan semua dan bentang luas cakrawala
Mengembang meliputi semesta

Harus ada darah tetes ke bumi hai pemuda
Tegakkan al Islam kian meninggi
Harus ada jiwa redha berkorban a... a... a....
Menggapai hidup mulia atau syahid kematian

Tiada yang berhak memilah negrimu tercinta
Atau mereka musuh yang nyata

Hancurkan semua dan bentang luas cakrawala
Mengembang meliputi semesta

Harus ada darah tetes ke bumi hai pemuda
Tegakkan al Islam kian meninggi
Harus ada jiwa redha berkorban a... a... a....
Menggapai hidup mulia atau syahid kematian
Menggapai hidup mulia atau syahid kematian
Menggapai hidup mulia atau syahid kematian

"Woke up this morning with a heavy heart...a mourning & grieving heart. 239 lives declared lost in the Hindi Ocean & 529 people of Egypt sentenced to death!" - Prof Harlina Halizah Siraj

Photo: [Mesir Jatuhkan Hukuman Mati Kepada 529 ahli Ikhwanul Muslimin]

Mahkamah Jenayah al-Minya mengeluarkan keputusan hari ini menjatuhkan hukuman bunuh kepada 529 ahli Ikhwanul Muslimin dan penyokong Mohamad Mursi, termasuklah Mursyidul Am IM Muhamad Badie dan Presiden Freedom and Justice Party (FJP) Saad al-Katatni. 16 defendan yang lain pula dibebaskan.

Keputusan ini sedang menunggu pengesahan Mufti Mesir. Keputusan akhir akan diumumkan pada 28 April 2014.

Sesi tersebut dilangsungkan dengan ketiadaan defendan dan peguam, menurut Tarek Fouda, wakil Sindiket Peguam di al-Minya.

Seramai 545 defendan, 397 daripada mereka dibicarakan tanpa kehadiran mereka, telah didakwa menyerang pejabat polis di Samalot dan kejiranan Matay di governorate al-Minya ketika pertempuran ganas selepas pembunuhan beramai-ramai di medan Rabiatul Adawiyah 14 Ogos lalu.

Sumber : MiddleEastMonitor
#mesirkini
#R4BIA
  • [Mahkamah Mesir Menjatuhkan Hukuman Mati kepada 529 Penyokong Dr Mursi]

    Sebuah Mahkamah di Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong Dr Mursi dan legitimasi. Mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh seorang anggota polis dan serangan ke atas orang awam dan harta benda.

    Kumpulan tersebut yang merupakan ahli-ahli Ikhwan Muslimin yang diharamkan, merupakan sebahagian daripada sebuah perbicaraan yang lebih besar melibatkan 1200 orang penyokong Dr Morsi dan legitimasi.

    Sejak penggulingan Dr Morsi oleh tentera pada Julai yang lau, pihak berkuasa telah melakukan pelbagai tindakan-tindakan keras terhadap 'islamists' dan penentang-penentang kerajaan.
    Mursyidul am Ikhwan Muslimin, Muhammed Badie termasuk di antara yang disabitkan.

    Kumpulan itu dijangkakan akan membuat rayuan.

    Menurut 'Associated Press News Agency' mahkamah tersebut yang terletak di Minya, Selatan Cairo menjatuhkan hukuman hanya selepas dua sesi, di mana peguambela-peguambela mereka yang tertuduh mengadu mereka tidak diberi peluang membentangkan kes mereka.

    Kumpulan tersebut turut disabitkan dengan kesalahan lain seperti membunuh timbalan komander Stesyen Polis daerah Matay di Minya. Serangan berlaku di Selatan Mesir pada bulan Ogos setelah tentera dan polis meleraikan dua perhimpunan pro-Morsi di Cairo yang menyebabkan ratusan terbunuh.

    Presiden Dr Mursi yang digulingkan pula menghadapi 4 perbicaraan yang berasingan.

    Sejak Kudeta Julai yang lalu, Ikhwan Muslimin dan juga aktivis-aktivis lain yang dilihat menentang Kerajaan sementara yang disokong oleh tentera menghadapi pelbagai tekanan dan ancaman serta tindakan-tindakan keras ke atas mereka.

    Ikhwan Muslimin telah diisytiharkan kumpulan pengganas dan pihak berkuasa telah menghukum sebarang bentuk sokongan secara awam terhadap kumpulan tersebut

    Kumpulan kedua yang merangkumi 700 orang penyokong Dr Mursi dan legitimasi bakal melalui perbicaraan pada hari Selasa.

    Sumber : BBC
    #mesirkini
    #R4BIA


Seruan Dr Muhammad Badie kepada pemuda

  •