20130224

kakak yang masih meyayangimu.

drafted on 24 hari bulan dua. usrah pentingkah?

ditulis pada 14 ogos 2003 (setelah 10 tahun) kepada beberapa anak buah yang tidak mendatangi usrah kerana pergi ke majlis sosial. ketika naqib datang dari jauh, tiba2 anak buahnya tidak ada. sungguh kecewa. lalu lahir tulisan ini: Assalamu’alaikum. saya rasa mungkin kita tak payah lagi mengadakan usrah utk kali akan datang..kerana rasanya majlis harilahir lebih penting dari usrah…Selepas ni mungkin ada lagi majlis lain yang perlu dihadiri… usrah hanyalah untuk masa tak sibuk, tak ada kerja lain, lapang dan ketika tak letih. Usrah bukan penting sangat. Kalau ada kerja lain..tak payahlah datang usrah. Saya boleh terima alasan orang tak boleh hadiri usrah kerana sakit, kerana pelajaran yang mendesak, kerana sebab yang munasabah… tetapi tak boleh terima alasan hanya kerana hadiri majlis sosial. Sampai bila usrah jadi kelas kedua dan ketiga… Kenapa orang tak boleh memberi alasan tidak dapat hadir majlis sosial kerana ada usrah tetapi boleh memberi alasan tak boleh hadir usrah kerana ada majlis sosial…? Saya rasa tak payahlah kita mengadakan usrah jika ia hanya duduk ditangga kedua, ketiga dan keempat. Anda semua telah mengecewakan saya…. Wallahu ‘a’alam. Wassalam. Ustaz yang masih menyanyangi mu lagi… walaupun apa yang berlaku. - Ustaz Salam, Muntalaq.

Alhamdulillah 'ala kulli haal untuk tarbiyyah ini.

.

No comments: