20110814

cobaan 1.

Bismillah.

Macam mana la kita boleh berangan nak masuk syurga kalau kita belum benar-benar diuji macam orang dulu-dulu. Kannn? Uhuk.

Ujian yang betul-betul ujian tu datang hanya bila kita benar-benar masuk ke dalam kancah dakwah dan tarbiyyah.

Dan walaupun dah mengikuti dakwah dan tarbiyyah sekalipun, kita sebenarnya belum lagi benar-benar diuji.

Sampailah kita menggerakkan diri kita dan orang lain, barulah kita faham apa yang orang lain yang dah lagi laaamaaa tsabat atas jalan ni rasa.

Padahal sebelum ni rasa macam, "alahhh, inshaAllah, kalau kita duduk dengan orang yang dah faham, bekerja dengan orang yang faham dan komited, mesti la lagi senanggg. simple je"

Sedangkan, kalau Allah memang nak datangkan ujian, tak kira la tersusun mana pun perancangan, tak kira dah komited macam mana pun, ujian tu tetap akan datang.

Ya, nak ber-amal jamaie, memang Allah akan uji dari segala sisi, jasad/tenaga kita, masa kita, harta dan wang ringgit kita, ukhuwwah dan berlapang dada kita.

Tapi. Bak kata seseorang, "seakhawat-akhawat mana pun dia, dia tetap perempuan"

Dan kalau sebut perempuan, susahhhh sangat nak lari daripada mengadu dekat akhawat lain kalau tengah diuji. Rasa susah je, ok, cari akak-akak yang kita rasa boleh faham kita, buat curhat. Rasa macam there's an urgency untuk di-comfortkan oleh seseorang. Sampai tak perasan lagi banyak mengadu dekat akhawat daripada zikir "Allahu musta'an". Huhu. Perempuan sangat. Eh susah nya nak resist. Hueh.

Huhu padahal Allah tunggu je bila kita nak cari Dia kot. Tak ngadu dekat Allah lagi, terus nak cari orang lain tolong find a solution untuk problem awak. Do you really mean it when you say, "hasbunAllahu wa ni'mal wakeel, ni'mal maula wa ni'mal wakeel"? Betul ke awak rasa cukup dengan hanya ada Allah. Then why your action's speaking otherwise? Kenapa bukan Allah yang kita cari dahulu. "Apa yang ada dalam diri dia, itulah yang dikeluarkan, itulah tindakan yang dia akan buat". Astaghfirullah astaghfirullah.

Tapi. Buat lah macam mana pun, bila Allah nak uji. Allah sangat boleh uji kita habis-habis.

Sampai in the end kita akan rasa totallyyyyyyyyyyyyyy powerless! TOTALLY! Rasa macam, dah nangis dekat orang lain dah, tapi still ada masalah and flaws here and there jugak. Barula rasa sangat powerless to the extent that kita akan rasa takde apa-apa, empty, kosong, zero, dan hanya boleh menangis dan mengadu dekat Allah je. Macam nak cakap. "Allahhhhhhh plsss, aku tak tahu nak buat apa dah! Aku hanya ada Engkau! Semua nya bergantung pada kehendak Engkau, Ya Allah". Ada satu tempat je nak mengadu. Ada satu je yang boleh dituju dan berharap. Sebab Allah je yang tahu perjalanan dan ujian yang Dia sendiri kasi.

Allah sangat berkuasa untuk buktikan dekat kita, jam-jam tu jugak, yang kalau kurang bekalan, kita kena cari Dia! Huhu, malunya dekat Allah sebab tak cari Dia awal-awal.

Walaupun perasaan tu macam dahsyat je bunyi, tapi sebenarnya itulah nikmat. The urgency to be connected to Allah :) Perasaan takde choice lain selain mengadu dekat Allah, dan serahkan je dekat Allah. Perasaan perlu self-motivate dengan mentadabbur sup-ayam-untuk-ruh (baca: love letters dari Allah). Inche Gabbana kata, "berchenta lah dengan Allah, pasti Dia akan membalas cinta itu". Alhamdulillah, tsummalhamdulillah 'ala kulli haal.

Tapi comparatively, kalau fikir-fikir balik dan muhasabah, walaupun rasa dahsyat, still macam, tak dapat imagine apa perasaan orang terdahulu yang diuji lagi dahsyat. yang diuji sampai zulziluu (goncangan yang dahsyat!) [2:214]

Pondering upon the seerah, which is salah satu daripada bekalan atas jalan ni, macam kisah Taif, kisah Khabbab, etc. sangat dahsyat kot, sampai bila diuji dengan spontannya terkeluar dari mulut mereka, "mataaa nasrullah?" [2:214] Huhu.

Kita ni apalah sangat. Tapi itulah sebahagian daripada tarbiyyah, buat kita belajar dan membesar :)

Ouh, sorry panjang tapi macam tak tahu la dapat ke tak points nya? silakan baca - zulziluu

14 Ramadhan - Post MABIT
Alhamdulillah 'ala kulli haal.

.

1 comment:

حكيمه خانئ said...

"sangkutkan segala macam masalah/isu yg simpul2 dalam hati tu kepada Allah, kembalikan serahkan bertajarrud bertaqarrub dlm erti kata yg sebenarnya kepada Allah yg pertama2. kemudian, baru kita mencari sumber dr makhlukNya yg lain, then only seek assistance from your friends, selepas itu baru meminta pandangan dr saudara kamu, after comes your naqibah/murabbi or whomever. kerana makhluk, friends, saudara, naqibah/murabbi akhirnya akan musnah jua dan yg kekal tetaplah Allah yg Esa. jd antunna, akhawat & ukhuwwah kt adalah satu rahmat dr Allah sbg satu kurniaan dr sisi Allah, namun ia bukan pengganti the real deal hubungan kita dgn Allah sendiri. jdkan hubungan Allah itu cukup buat kita. let it be enough, sufficient for us, insyaAllah."