20110723

faham dan memberi faham.


bismillah.

haritu pergi usrah gabungan, uskab (usrah kabilah) shah alam dengan ikhwah akhawat shah alam overseas yang tengah summer break. dan yang dah back for good. dan terkejut. ada sorang yang i know from far (kitorang tak sekolah sama, tak kenal in person, tapi ada mutual friends. alah kalau sekolah shah alam- smks9, saas, raja muda, pusing-pusing, itu jugak kawan awak), dah jadi ikhwah. mashaAllah! i mean, saya sekolah shah alam jugak, maka saya sangat arif lagi faham serta tahu sangat exposures yang ada kalau anda bersekolah harian di shah alam. dan melihatkan beliau dah jadi ikhwah. macam. ahh. mashaAllah

eh. saya tak terkejut sangat kalau kawan-kawan mrsm taiping join tarbiyyah. tapi kalau kawan yang kenal waktu sekolah rendah, kawan sekolah menengah rendah. mesti rasa macam. whoaaa. mashaAllahhhhhhhh

kali kedua. pergi wacana tarbawi. dan jumpa kawan sekolah rendah dan menengah rendah yang dulu sama-sama main-main dulu. tak terkejut sangat sebab dah tau dia join tarbiyah dekat overseas melalui facebook. tapi terkejut macam mana ukhti ni boleh bawak satu family dia pergi wacana tarbawi jugak. mashaAllah, dia dah faham, dan dia berjaya buat family dia faham jugak! hebatnya!

gambar selingan: semua berdiri nyanyi lagu Ukhuwah Teras Kegemilangan, wacana tarbawi 110711

hebatnya tarbiyah. boleh mengubah seseorang. seandainya orang itu faham! rukun no 1: FAHAM. kalau tak mengubah apa-apa, maksudnya tak faham lah.

fikir-fikir balik, alhamdulillah ada akhawat yang tak pandang rendah pada saya dulu, walaupun saya waktu tu dah larut habis dalam kejahiliyyahan. walaupun lepas masuk taiping, berubah sikit. tapi keluar je taiping, serupa macam orang yang sebelum masuk taiping jugak. buat penat je orang-orang yang mengubah dekat Taiping dulu. tapi, alhamdulillah ada jugak orang beri saya kefahaman despite everything. satu nikmat paling besar - faham. tsummalhamdulillah, Allah pilih orang biasa yang bukan sekolah musleh / sekolah agama ni, orang yang kebanyakan ni join tarbiyyah jugak.

lagi satu lesson untuk diri sendiri: jangan perkecilkan sesiapa, sebab kita tak tahu macam mana tarbiyyah boleh mengubah dia, kalau kita boleh instill kefahaman pada dia

dan seandainya akhawat yang buat kita faham dulu, pandang rendah pada kita yang dah larut habis dalam jahiliyyah pada waktu dulu, yang macam takde harapan je jadi penggerak, mungkin kita tak akan faham apa-apa pada hari ini. mungkin kita hari ini, kalau tanpa tarbiyah dan kefahaman, ahh, tak tahulah macam mana, tak nak imagine boleh tak?

maka melaburlah saham tak kira pada siapa, buat dia faham. jangan pilih mad'u yang senang je untuk beri kefahaman. awak takut buang tenaga dan masa membesarkan orang yang tak nak bergerak? sama ada orang tu membesar ke tak, orang tu ke yang bagi pahala dekat awak? niat awak, nak melabur, nak tengok hasil kat dunia ke (tengok orang berubah), atau solely nak berbisnes macam dalam as-saff tu, dan tuai hasil dekat syurga? okay saya sedikit emo kalau orang pilih-pilih mad'u. nak yang dah pakai tudung labuh je. yang memang dah ada sikit-sikit kefahaman je. sebab saya terkilan. sebab saya jahiliyyah gak dulu. (in fact, masih ada banyak karat-karat jahiliyyah yang belum tanggal). erk, ok hakimah, teori sangat. cuba buat, baru rasa kehangatan medan sebenar!

heh, kena jugak fokus, sebab tenaga dan masa kita limited. huahh. boleh ke bagi alasan ni untuk pilih mad'u? bukan memilih, tapi sentuh semua, kemudian fokus pada siapa yang mahu membesar, itulah fiqh yang orang-orang lagi lama dan berhikmah atas landasan ni amalkan.

eh jap, tak cakap pun salah kalau rasa bahagia tengok orang lain berubah lepas dan penat lelah membesarkan orang. sebab saya suka je tengok naqibah dan ex-naqibah saya bahagia. hee. moga Allah reward mereka dengan the best rewards ameen

cuma nak ingatkan diri sendiri, nak besarkan adik-adik, jangan expect hasil yang awak nak, sebab semua tu Allah punya kerja

apa-apa pun. kuncinya, kembalilah pada Allah, dan doa

mari membesar wahai akhawatku sayang!

dan setelah bulatkan azam, maka bertawakkallah

bismillahi tawakkaltu 'alaLlah!

.

2 comments:

aisyah ismail ♥ said...

subhanallah. superlike!

may allah guide us till the day we enter the jannah insyaallah.

p/s: sedey x dpt join wacana tarbawi hr tu... huuu~ T_T

حكيمه خانئ said...

aisyahhhhhh!

moga sama-sama tsabat atas jalan yang lurus menuju ke sana inshaAllah

ps: tak pe, nnt inshaAllah ada rezeki dpt la join. lagipun kat uk pun byk program mantap2 ;) nak jumpa! nak absorb banyak-banyak semangat awak <3