kadang-kadang kalau dah familiar sangat dengan satu tempat. nak drive pun kadang-kadang boleh drive dengan subconscious mind. lagi-lagi bila drive sorang-sorang sambil ngantuk-ngantuk. macam, "eh, dah sampai dah kampung melayu? tak sempat nak fikir nak pergi kedai mana beli makanan". bila baca buku pulak, "eh, dah next page dah? tak faham pun apa dah baca tadi?". bila makan pulak, "eh, dah habis dah? tak sempat nak fikir sedap ke tak". yes, it occurs to me all the time. absent-minded, as 'izzah would call. ha ha.
credit photo: zazzle.com
neways, dalam absentmindedness, terfikir gak..Rasulullah saw solat malam sampai kakinya bengkak-bengkak. lalu Aisyah pun tanya, buat apa nak solat sampai bengkak-bengkak, kan dah gerenti dapat masuk syurga?
tidur kan lagi best? stress-free ohh!
kemudian dijawab Rasulullah, salah ke nak jadi hamba yang bersyukur?
tapi, macam mana pulak kalau kes solat wajib pun dilaksanakan semata-mata nak lepas tanggungjawab, mana nak letak muka bila jumpa Rasulullah nanti?
kalau tertinggal/sengaja tinggal solat, lagi lah, ada hati nak jumpa Rasulullah? nak jumpa kekasih Allah yang solat sampai bengkak-bengkak tu?
macam mana dengan solat sunat yang dilakukan hanya sekadar melengkapkan rutin harian? nak penuhkan mutabaah amal?
yes, memang at one point or another, kita akan diuji dengan macam mana nak istiqammahkan amalan. mutabaah amal lopong sana-sini.
tapi lepas konon-konon dah berjaya untuk tidak melopongkan mutabaah amal, kita akan diuji pulak dengan, macam mana nak menghadirkan roh dalam amalan.
bukannya tak faham apa yang dibaca. dulu kan dah pernah belajar. dalam buku panduan solat color hijau masa kecik-kecik dulu pun dah tulis makna.
subhana rabbiyal a'la wa bihamdih. tau je maksud dia ; Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya. bukan tak tau.
tapi kadang-kadang, roh tu. emotion tu. tak sesuai langsung dengan lafaz tu, dengan pergerakan badan tu.
ideally, kena sujud, rebahkan badan ke tempat paling rendah, dan merasai betapa Maha Tinggi nya Allah! sesuai dengan lafaz dalam hati.
bila tahiyat pulak. selawat dekat rasulullah saw. dan memaknai, betapa kita mahu Allah memberikan kesejahteraan terhadapt rasulullah saw, nabi kita.
macam mana nak claim awak solat sebab nak jadi hamba yang bersyukur kalau awak tak sedar pun yang awak baru je tadi sujud? tak perasan pun dah sebut macam-macam, tiba-tiba je dah salam?
bila baca ma'thurat pun, tiba-tiba je dah habis? eh? awak ni betul-betul ke nak kata awak redho Allah sebagai Tuhan awak, Islam tu deen awak, dan Muhammad tu Nabi awak? ye, mestilah! tapi macam mana sebut-sebut tapi tak de perasaan langsung pun?
and the list goes on and on.
huu. macam mana nak memaksudkan setiap lafaz bacaan, supaya tak jadi just another janji manis? ujian sungguh.
macam mana ni nak membina diri kalau takde rohhh?
cukup ke solat dengan jasad, tapi takde rohhh? dahtu, kena lah khusyu'! kena put your heart and your mind really deep into it.
oh, takut sebenarnya nak tulis pasal ni. sebab, diri sendiri lagi tahu solat diri sendiri macam mana. huk.
.
No comments:
Post a Comment