20101109

tawakkal macam burung.

bismillah.

saya dah glanced through past year's papers. tak sangka kali ni punya multiple essay question (MEQ) kebetulan lebih kurang sama je dengan senior punya. kebetulan pulak saya tak focus baca that particular question yang sepatutnya senang aje. maka tadi masa jawab pun macam entah apa, hanya guna ilham yang ada pada saat dan ketika itu sahaja. for most people yang dah baca dan hafal bulat-bulat that Qs tu dalam senior punya paper, mesti entah-entah boleh dapat perfect score. huahua.

--
awak, Allah nak ajar awak taqwa dekat Dia, bukan takut untuk exam, bukan juga takut untuk dapat results, tahu? risau aje, tapi bukan takut, kata kak kis. Allah nak ajar awak tawakkal. macam early birds yang keluar cari rezeki. tahu? keluar dari sarangnya pagi-pagi dengan meletakkan sepenuh harapan pada Allah. kalau dah jawab mantap-mantap, takut awak berserah pada jawapan dan pemeriksa, bukan tawakkal secara total pada Allah. awak kena belajar tawakkal dalam bab ni, barula boleh nak tempuh macam mana nak tawakkal dalam dakwah, sebab tawakkal seorang da'ie dalam dakwah adalah tawakkal paling besar.
”Jikalau kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian seperti burung. Pagi-pagi ia pergi dalam keadaan lapar dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.” (HR At Tirmidziy)

Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [65:2-3]

fa[nescaya = pasti = confirm-confirmlah] hua hasbuh [Dia ie Allah akan cukupkan], [dengan syarat] bertawakkal [dengan syarat awak meletakkan sepenuh dan secara total pengharapan pada Allah, Al-Wakeel, Zat Yang Maha Mengaturkan]

moga Allah kurniakan cahaya untuk belajar benar-benar mengimani ayatNya.

seseorang pernah berkata, hasilnya sudah tertulis oleh Allah, kita hanya tekadkan dan buat je! -end part of the ayah; Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu- mana ada kebetulan, since semua telah dituliskan. kebetulan yang ditakdirkan? yang penting usaha, so sila fokus untuk long-case lusa ok! usaha dulu, pastu baru boleh tawakkal macam burung. sunnatullah orang yang berusaha, pasti ada hasilnya, biiznillah.

tie your camel, then put your trust to Allah ♥

.

1 comment:

Jawe said...

"seseorang pernah berkata, hasilnya sudah tertulis oleh Allah, kita hanya tekadkan dan buat je!..."

I like this part :)