20100518

jahiliyyah - waste only.

bismillah. baru hari ni khatam buku Umar Al-Khattab. [currently reading his cicit, umar abdul aziz pula]. sangat kagum akan perubahannya sebelum dan selepas Islam, dan perubahannya sebelum dan selepas menjadi khalifah.

siapa sangka seorang yang digelar al-faruq ini, suatu ketika dulu di zaman jahiliyyahnya, pernah menanam anak perempuannya sendiri hidup-hidup. scene yang paling boleh buat orang menangis;- masa saiyidina umar tengah nak gali lubang untuk dikuburkan hidup-hidup anaknya, debu-debu pasir terkena pada janggut dan pakaiannya. bayangkan, anaknya yang comel tu datang dengan penuh kasih sayang, lalu dibersihkan, lap, dan sapu debu-debu tanah yang ada pada janggut dan jubah ayahnya. tapi oleh kerana ego, nak sangat tunjuk jugak penentangan terhadap nabi muhammad saw, tambah pulak si abu lahab dan abu jahal yang memang inborn with sifat mengapi-apikan, umar al-khattab sanggup humbankan anaknya ke dalam lubang itu lalu ditimbusnya!

to cut the story short, after he embraced islam, dan mengucapkan sayonara pada jahiliyyah, rasulullah saw said that he's one of the ten companions that granted for jannah. islam changed him entirely, subhanAllah.

tapi hari ini kita sedih, terpampang dekat frontpage, an unmarried couple disposed their baby boy at a river bank. dan terbukti, saat baby tu ditanam, dia masih bernyawa dan cukup sifat! zaman sekarang ni, ada lagi jahiliyyah, rupanya, eh? orang kata, kalau ada jahiliyyah zaman sekarang ni, namanya jahiliyyah moden. tapi kalau tanam bayi hidup-hidup, memang takde bezalah dengan masyarakat arab jahiliyyah dulu.

mari tanya diri; kita baca sirah kegemilangan islam, kita mahu islam itu revival. teringin sangat kan. but then, first question to reflect, hey self, have you yourself really left jahiliyyah? huu.




ps; yg ini nampak cool juga utk dibaca. heh

.

5 comments:

atiqahmki said...

atiqah loves this post.

belum. sy blm selesai tgglkn jhiliyyah. sbb tu lgkh slow agknye. huuuu.

p/s:ada pendapat mengatakan umar tak pernah tanam anaknya, http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2010/05/benarkah-umar-ra-bunuh-anak-perempuan.html#more

'alla kulli hal, perdebatan tu, lets leave it to those who actually hv knowledge of it. kita ambil shj pengajaran, inshaAllah.

حكيمه خانئ said...

yeah? tak tahu menahu.

okay, baru baca. hu. wallahua'lam.

belum selesai jugaa. bebas seketika. dan kemudian dibelenggu kembali. dush.

a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.l said...

Wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan, janganlah kamu turuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu
( 2:208 )

Cahaya itu milikNya. Kita minta padaNya.
Kekuatan itu? Juga dariNya. Rayulah padanya.
Sungguh, dia yang membolak-balikkan hati manusia.
Jagalah hati. Make dua'
-Tuhanku, siapkanlah dunia kami untuk tibanya akhirat kami-

Ameen~~


"Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikat-Nya memohonkan ampunan untukmu, agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman." 33:43

Anonymous said...

tolong sebarkan tentang kebiadapan kafir laknatullah yang mengisytiharkan 20th May 2010 sebagai "Draw Mohammed Day".
Semuanya boleh dilihat dalam Facebook. kafir sekarang menjadi semakin lebih celaka! minta diberikan petunjuk pada mereka.
Semoga Allah merahmati setiap tindakan kita

حكيمه خانئ said...

@aisyah
ameen to yr prayer. =)
thanks aisyah. sucha lovely reminder and glad tidings <3
igtkan n doakan selalu yea

@Anon.
thanks. =)