bismillah. of my 2 favourite excerpts from the book 7amalan berjaya; individu munafik + ikhtilat. favourite sebab dua benda ni perlu diingatkan kepada diri sendiri. ulang-ulang.
1. individu munafik
Individu munafik amat sukar untuk ke surau atau masjid, terutama pada waktu Isyak dan Subuh.[1]3
[1]3 Abu Huraira meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Solat yang paling berat untuk golongan munafik ialah solat Isya’ dan Subuh. Jika mereka tahu ganjarannya, mereka tetap akan mendatangi solat itu walaupun terpaksa merangkak dan aku hampir-hampir sahaja akan mewajibkan solat jemaah dan mengarahkan seorang pengganti menjadi imam lantas aku bersama beberapa orang lain mengumpulkan kayu api kepada orang yang tidak solat berjemaah dan akan kubakar rumah mereka.(Buku Keempat Hadith 1370)
2. ikhtilat
Percampuran antara lelaki dan perempuan akan melemahkan iman seseorang.
Selepas sahaja berlaku maksiat percampuran lelaki perempuan, ketenangan hati amat sukar wujud. Padahal ketenangan ini amat penting dalam hidup bagi melaksanakan tindakan menuju kejayaan.
Beberapa perkara yang dikenalpasti dalam Quran berhubung pergaulan antara lelaki dan perempuan:
- Perlulah lelaki menundukkan pandangan[1] mereka dan tidak memerhati kaum wanita dengan kadar lama dan bernafsu.
- Tidak dibenarkan duduk berdua-duaan.
- Menjaga adab pergaulan.
- Tidak berhubung kecuali pada perkara yang dibenarkan syariat. Perkara yang dibenarkan[1] ialah:
i. Sebab darurat
ii. Tujuan muamalah
iii. Melaksanakan tugas kehakiman
iv. Menunaikan kesaksian
v. Tugas penguatkuasa undang-undang
vi. Tujuan melayan tetamu di rumah
vii. Tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
viii. Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar’i dengan syarat hukum Islam lain dipenuhi
ix. Melakukan kerja-kerja jihad
x. Tujuan mendengar ceramah dan ilmu
xi. Atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syarak
xii. Dalam kitab al-Muwatta, Imam Malik menyatakan, “Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki.”
kegagalan dan kesilapan bukanlah untuk dikesalkan sepanjang hayat, namun diarahkan oleh Allah untuk bertaubat, baiki dan tinggalkan sesuatu yang mengotorkan akal, roh dan fizikal.
[1] Ibn 'Umar berkata: "Tiada ganjaran yang lebih besar daripada langkah yang diambil oleh seorang individu untuk memenuhi saf bagi menyempurnakannya." Ini diriwayatkan oleh al-Bazar dengan riwayat yang hasan.
Kaum wanita jangan mudah percaya apa sahaja yang diucapkan oleh kaum lelaki selagi ia tidak diasaskan kepada hukum syara’ dalam melaksanakannya.
.
1 comment:
suka the fact that slps dia bagi guidelines ikhtilat, yg buatkan kite rasa cm huuu teruknya diri ini, lps tu dia terus ckp kegagalan n keslpan bukanlah utk disesalkan.
btw, i like this http://www.facebook.com/photo.php?pid=5738688&id=254361380836&fbid=409639175836
Post a Comment