1# Jangan biasakan diri dalam keadaan kenyang
Ana sangat anti dengan orang suka makan secara berlebihan. Kalau ana makan berlebihan, maksudnya ana sedang anti dengan diri sendiri. Bila perut dalam keadaan kekenyangan, kita akan jadi malas. Maka, focus x dapat diberikan dan menyebabkan kita mengantuk. Bagaimana nak makan secara berhemah?? Mudah saja. Refer kepada apa yang dilakukan oleh Khalilullah saw.
Ana masih ingat .. Sewaktu ana kecil, ayah ana hanya memberikan ana duit belanja yang sangat sedikit. Duit yang diberikan hanya mencukupi untuk membeli 5 buji gula2. Daripada ana membeli gula2, lebih baik ana simpan dan berlapar sehingga waktu tengah hari kerana makan tengah hari disediakan. Owh ya! Hehe.. terlupa nak beritahu bahawa sekolah ana menyediakan makanan kerana para ibubapa membayar yuran makan yang disekalikan dengan yuran bulanan. Best kan?? dengan itu, permakanan ana dijaga. Diet seimbang menjadi kemestian. Tidak lama kemudian, ayah ana lansung x memberikan duit belanja. Ye la, nak buat apa dengan duit tu? Kalau keperluan, ayah ana akan belikan je. Menabung?? Hehe.. Ana sudah ada simpanan di Tabung Haji sejak ana kecil lagi. Mak ana buatkan. XP
2# Kurangkan tidur
Huhu.. Ini part yang ana paling susah nak buat. Tidur memang suatu yang menyeronokkan. Kita ibarat terpisah dari dunia ini dan melupakan segala permasalahan yang terjadi(betul ke??). Namun, orang yang banyak tidur ini akan melembabkan minda. Badan akan jadi kurang cerdas dan membawa kepada sikap bermalas-malasan kerana mahu tidur. Biasakan diri untuk tidur dengan efektif walaupun kita dicadangkan tidur 6-8 jam untuk usia remaja, ana x rasa begitu. Bagi ana tidur yang baik adalah tidak terlalu lama dan tidak terlalu sekejap. Ana sangat menggalakkan qailullah
Tidur awal dan bangun awal. Huhu.. Ana sangat suka benda ni. Tapi terpaksa tidur lambat as manusia sekarang sangat suka membuat kerja pada waktu malam tika mana badan kita sudah penat dan perlukan rehat. Ana lebih suka study di waktu pagi. Tenang, sunyi dan tenteram. Boleh bangun qiam skali. Yuk??
3# Kurangkan angan-angan
X salah mempunyai angan-angan. Cuma, jangan berlebihan samapi buat apa pun x jadi. Asyik terfikir pada perempuan yang memulangkan sapu tangan sampai berhari-hari.. Haih~ Payah!!!
4# Jaga kebersihan + kekemasan
Zaman bujang sangat sinonim dengan dengan ketidak kemasan + ketidak bersihan persekitaran terutamanya bilik tidur, tandas dan ruang tamu. Pembaca perempuan mungkin akan menafikan dan mengatakan, hanya lelaki sahaja berkelakuan begitu. Ana pun x tahu. X pernah pula ana buat statistik kemudian kira standard error dan regression. Yang ana tahu, Islam x pernah mengajarkan ummatnya untuk menjadi pengotor dan tidak kemas.
Persekitaran yang kemas dan bersih akan menyebabkan mood untuk belajar timbul. Berlainan dengan tempat yang kotor dan bersepah yang menjadi daya tarikan kepada syaitan. Tunggu apa lagi?? Jangan lupa kebersihan hati dan fizikal. Hehe.. Mandi2!!
5# Dekatkan diri dengan Allah
Ini yang paling penting. Kita tahu bahawa kejayaan itu milik Allah dan hanya Allah sahaja yang boleh memberikannya kepada siapapun yang Dia mahu. Tapi, kenapa kita begitu tegas meminta dari dia dan bergantung kepada usaha yang barangkali tidak mencukupi untuk mendapat kejayaan?? Tidak sombongkah kita??
Banyakkan ibadah dan amalan sunnah. Di samping mendapat ibadah + melatih ikhlas, hati pun terasa senang. Sedar x sedar, ilmu lebih mudah dipelajari dan di amalkan.
6# Hargai diri kita
Hargai diri anda sebagai nikmat dan rezeki dari Allah. Beri penghargaan kepada diri berupa waktu rehat yang mencukupi dan sebagainya. Ana selalu menghargai diri dengan membelanja diri ana ice-cream. Walaupun nampak macam budak2, tapi ana sangat suka makan ice-cream dan chocolate. Kadang2, ana kan berjalan2 untuk mengambil angin di luar.
.
1 comment:
semoga najjah1 ;)
Post a Comment