Reminders ;
1. buat jadual, to make sure ur on track
2. do your very best
How?
1. start with motivating self
by renewing ur niat
kenapa awk stdy medic
kenapa nk jadi dr
kenapa awk kene excel in ur studies
credits to atiqah ♥ dan fatimah ♥
Di saat kesibukan membaca dan menghafaz, kadang-kadang terfikir takut-takut kesibukan ini menjadikan kita hamba yang semakin jauh dari Allah. Kalau nak diharapkan amalan sebelum-sebelum ini betapa kerdilnya diri ini andai dibandingkan dengan amalan para sahabat, para syuhada’, para solihin. Bahkan teringat kata-kata, “Andai ditimbanglah iman kita dan seluruh iman para muslimin di waktu ini, maka lebih berat timbangan iman Abu Bakr As-Siddiq Radhiyallahu ‘anhu”. Lalu adakah tempat lagi buat diri ini untuk syurga Allah yang mahal itu?
Tersentak seketika, ambil sedikit masa bermuhasabah. Rupanya ada janji Allah terselit di situ. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

‘Dan barangsiapa yang menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya satu jalan kepada syurga’
Bukankah peperiksaan salah satu proses dalam menuntut ilmu? Bukankah dengan menuntut ilmu itu Allah mudahkan jalan untuk kita ke syurga? Bersungguh kembali, biarlah kesibukan ini terus menghimpit, tapi dengan niat yang ikhlas, tetap redha Ilahi yang dikejar. Kerana tiada siapa tahu amalan mana yang diterima, mungkin kerana kita bersungguh-sungguh dalam peperiksaan ini, kerana ilmu ini menambah keimanan kita pada yang Maha Esa, mungkin kerana inilah kita dikurniakan nikmat syurga… siapa tahu?

dia bersungguh-sungguh padanya’
copy pasted from Syurga, Motivasi Terbaik!
ps; doakan yang terbaik untuk Hakimah yeah! ma'an najah fil imtihan, everyone!
.
No comments:
Post a Comment