20100218

why talk when you can keep silent?

copy pasted from here.

Ada satu hadis. Sesiapa yang berminat bolehlah mengikuti hadis ini di dalam siri kuliah Allah is preparing us for victory oleh Imam Anwar Awlaki. Rasulullah SAW kata generasi sahabat adalah yang terbaik, kemudian generasi Tabien, kemudian Tabi' Tabien. Tapi akan ada di akhir zaman yang mana pahala seorang dari mereka adalah bersamaan dengan 50 orang. Sahabat pun tanya, "Pahala 50 orang kami atau 50 orang mereka?" Kamu tahu apa jawapan Rasulullah SAW? Pahalanya adalah 50 orang kamu (merujuk kepada sahabat).

Korang tahu kan pengorbanan sahabat? Tahu kan kisah Mus'ab? Kisah Sumayyah? Kisah Bilal? Kisah Abu Bakar? Dapat bayangkan tak pahala jihad di zaman ini bersamaan dengan 50 orang sahabat? Masya Allah, tidak terkira.

Kemenangan Islam itu adalah perkara ghaib. Hanya orang yang beriman akan mempercayainya. Bagi yang dah pergi, sudah-sudahlah. Berikan duit itu pada dakwah dan jihad.

Siapa yang tidak merindui Rasulullah SAW? Siapa yang tidak ingin menziarahinya? Tapi cinta punya bukti dan bukti yang sebenar adalah dakwah. Saya nak kongsikan hadis ini lagi sekali, betapa Rasulullah SAW sudah pun merindui kita.

Di saat mana Rasulullah mengatakan dia merindui saudara-sauadaranya , suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangka n kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara: "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan `ikhwan' baginda:

"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika.

Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Tahu tak apa sunnah Rasulullah SAW yang paling besar? DAKWAH ilallah.

.

6 comments:

ika said...

huuuu cm nak nangis baca ni, wp bukan first time baca hadith ni. tapi ayat die, best. jzkk for sharing. hu.

ika said...

btw, kakak kite pernah cakap. kenapa da'wah is the biggest sunnah, sebab itu yg nabi saw buat dalam setiap nafas baginda.

so kalau betul kita sayang nabi, mesti kita berebut nak buat semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sunnah nabi kan?apatah lagi sunnah terbesar. hurm. bestnya kalau termasuk dlm glgn yg dirindui nabi.

mcm, wahhh cinta berbalas. huhuk. emo seketika.

حكيمه خانئ said...

nak nangis jugak. i miss him saw too. nak jatuh cinta berulang-ulang kali dkt jalan ni.

tp rasulullah yg rindu kte duluuu. kte yg kena balas cinta dia. tk ke?

everjihad said...

sukanye post ni..masyaAllah..

rasulullah ngaku kita sedara dia.. uishh...

entah sape jela kita nih..

ntah dapat plak feel bila cuba bayangkan keadaan zaman rasulullah..

sahabat-sahabat da xbleh nak buat apa bila rasulullah claim camtu.

nampak kuat jugak dorang cemburu tuh.


huu..nak jadi saudara nabi!
nak beriman betul2..
nak jadi ikhwan!

-Shafawati- said...

Subhanallah.. tak terbalas kasih Rasulullah ni..

حكيمه خانئ said...

tula, nampak mcm cemburu jugak kan. teringat mlm smlm dgr dkt radio. abu bakar perna sekali dipukul sampai pipi dia bengkak, sampai tahap bengkak yg sama dgn tinggi hidung dia. tp first thing yg dia tanya bila dia diselamatkan was, tanya pasal rasulullah jugak. tk fikir pun pasal diri dia. tk tanya pun, aku dkt mana ni? tkde complain/merungut pun, sakitnyaa. mcm. betapa cintanya dorg dkt Rasulullah saw. huhu. sweeeeeeeeeeeetttt nya sahabat2. allahumma solli 'ala saiyidina muhammad <3