20100115

longest annular solar eclipse of the 3rd millennium!

bismillah, 7.07am, mencuri masa utk mengatakan dan berkongsi tentang kebesaran Allah. subhanAllahu wa ta'ala.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37)

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! <read>


Setelah kte saksikan partial lunar eclipse pada malam tahun baru, sebuah lagi kejadian gerhana akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut. <read>


Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM

Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

<read more>



Related links:

Gerhana matahari separa

Solat Gerhana

Solat sunat gerhana matahari dan bulan

Sembahyang sunat gerhana

Fenomena gerhana

Nasa


PS; semoga DSL session w/ Dr Sergey Gupalo hari ini cepat habis! ameen. i wanna catch the maximum phase! (on live broadcast je, sbb solar eclipse cud be detrimental to the eyes) 28.6% matahari tertutup! subhanAllah. dan solat gerhana jugaaa. dan kalau boleh go chasing it on eclipse cruise one day tee-hee.

.

2 comments:

jiji said...

kau sempat tgk x?
tp mcm mendung giler je spnjang haritu..

حكيمه خانئ said...

mendung sbb gerhana la kan? sbb bulan halang cahaya matahari. sbb tu mendung. aku dgn izzah sempat lari dr DSL for a couple of mins nak cari gerhana. tp bkn nya blh tgk direct mcm tu pun. igtkan nak tgk on the web, tp tk sempat. tp alhamdulillah sempat solat huhu