20091218

integriti + continual battle.

bila terlampau sibuk dgn medschool life, tk sabar2 nak cuti.
bila study week, nak release stress, download bykkk islamic movies, lectures, talks, articles,
tp dgr sikit-sikit dulu. sbb priority masa tu = study.
tk sabar nak cuti, sbb boleh dgr semua tu. and berangan nak hafal tu, ni. tadabbur tu, ni.
nak dgr/baca seerah tu, ni.
and yet bila dah cuti, somehow rasa mcm nak start class cepat-cepat.
rasa mcm bila busy baru ada productivity.
tp bila cuti, mcm byk nak buat, semua pun nak, tp tk terjalan pun?
mana productivity nya, mana priority nyaaa?
and bila cuti mcm byk sgt masa.
and masa tu amanah buat kte, byk sgt hari, yg hari tu akan menjadi saksi kelak.
hari semalam, dgn hari ini.
kte rasa mcm sama. tp sebenarnya bukan hari yg sama.
hari jumaat minggu ni dgn hari jumaat minggu lepas, nama yg sama, tp sebenarnya mereka adalah saksi yg berbeza.

Hendaklah kamu wahai manusia pada setiap hari (atau malam) sentiasa melakukan kebajikan atau kebaikan supaya aku dapat menjadi saksi untukmu di Akhirat kelak. Buat baiklah ketika aku (hari) bersamamu kerana apabila aku beredar meninggalkan kamu, maka kamu tidak akan menemuiku lagi. Adapun hari yang datang berikutnya bukanlah aku lagi, ia adalah hari baru yang lain pula”. -hadeeth.

setiap hari dlm cuti ni, akan menjadi saksi utk kte. ohhhhhh.

tp menunggu waktu cuti utk bermula, semasa waktu class, dan menunggu waktu cuti habis, tp waktu cuti ada lagi, are parallel to menunggu waktu petang, bila kte berada waktu pagi, kan?

Daripada Ibnu Umar ra yang menyebut bahawa rasulullah pernah memegang bahunya lalu bersabda : “Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara.” Lalu Ibnu Umar berkata : “Jika engkau di waktu petang maka janganlah engkau menunggu sehingga waktu pagi dan jika engkau di waktu pagi maka janganlah menunggu waktu petang tetapi pergunakanlah waktu sihatmu sebelum kamu menjadi sakit dan waktu hidupmu sebelum kamu mati.”( Hadis riwayat Bukhari)

kte suka pasang angan-angan mcm2. bila waktu busy, plan nak buat tu, ni, tu, ni. tp bila cuti. pagi, petang, pagi, petang. yg dirancang waktu busy tu, tk tercapai pun?

sgt terkesan dgn khutbah tgh hari td (dkt tv je). penghijrahan tanpa integriti = nothing, tk bawa ke mana. maka hijrah itu asasnya integriti. kita semua = khaira ummatin ukhrijat linnas. masakan kte tk mampu nak cari integriti tu? plan nak buat mcm2, tp asasnya mana? integriti, hakimahhh!

and do it for the sake Allah, check yr intention. for sincerity is not a one time factor rather it’s a continual battle that you'll always have to renew. the key is = continual battle --> constantly renew.

.

No comments: