20090522

how's yr semester break so far?

dgn nama Allah, Yg hidayah itu milikNya.

hi. apa khabar? sihat? dah dpt buat berapa byk facebook quizzes masa cuti ni? brp byk marathon drama series semua? and dah berapa byk duit dah habis utk shopping, watching movies, lepak, etcetc?

and. apa khabar iman? menaik? mendatar? menurun? cuti-cuti ni byk dpt buat good deeds? and. dosa-dosa dulu dah habis repent? dlm masa cuti ni je, berapa percent allocate time utk bersama-sama Al-Khaliq?


kalau dulu masa ada class, busy, dijadikan excuse untuk tak ke surau di kolej / pusat islam, kenapa masih dalam waktu cuti ni tk ringankan kaki untuk pergi surau / masjid dkt dgn rumah?

kalau dulu masa ada class, busy, dijadikan excuse tiada masa nak tambah ilmu agama, kenapa masih dalam waktu cuti ni, schedule hari-hari dipenuhkan dgn benda-benda lagho?

kalau dulu masa ada class, busy, dan byk pelajaran medic yg nak kena hafal, dijadikan excuse, susah nak hafal kalau tk byk, at least a few surah-surah dlm kitabullah, yg Rasulullah suka kalau ada dlm hati setiap ummat, knp masa cuti yg ada ni tk dimanfaatkan dgn memorize/tadabbur alquran?

kalau dulu masa ada class, busy, tade masa nak layan text2 atau chatting2 gediq kaum tk sejantina yg tk patut, kenapa waktu cuti ni tk rasa guilty melayan pulak? ukhuwwah mmg kena jaga, tp batas tu ada.

kalau dulu masa ada class, busy, duduk college, jauh dari rumah, dijadikan excuse kita tk dpt tolong parents dkt rumah, knp masa cuti ni bila dah ada peluang nak amik hati parents, disuruh lipat baju / masak nasi / tlg ajar adik nak exam for instance, masih mengeluh? birrul walidain!

kalau dulu masa ada class, busy, class packed mcm sardin kononnya, ada one-hour gap pun, nak pergi breakfast, dijadikan excuse tk pergi surau solat dhuha, knp cuti ni still berat tulang nak buattt?

kalau dulu dah nak exam, boleh bersengkang mata, stay up all nite long, utk study, knp cuti ni liat sgt nak tahajjud? subuh pun lambat?

dan kalau dulu dah nak exam, selalu sujud dan tadah tangan pada Allah, kenapa sekarang, bila dah dapat good results, jauh dari Ar-Razzaq?

hue. padahal kita dah tahu, Al-Baseer tu salah satu drpd 99 nama-nama Allah. The All Seeing. Yang Maha Melihat. Sentiasa melihat, tk kira kte busy dgn classes atau tgh lapang waktu cuti.

dan dulu sekolah rendah lagi kita dah belajar, raqib dan atid, malaikat yg taat, sentiasa catit amalan kita.

atas rasa kesal terhadap sesuatu, saya rasa terpanggil untuk menulis tentang ini. solely a reminder to self. dan atas syg kan orang lain, saya harap ia bermanfaat and worth sharing iA.
yet to be honest, i need guts to actually publish this entry. sgt berat rasa. fm kata, sewajarnya begitulah. dan bak kata a v/ good friend of mine, tujuan blogging, kita tulis apa yg affected dkt kita, dan bila kte share, kesannya plg deep dkt diri kita jugak, bkn org lain.

imbas balik sebab kita diciptakan dkt dunia ni. utk buat quiz facebook kah? utk jadi doctor kah? for having fun? untuk cari boyf kah? untuk nampak cool dan impress org lain kah? kalau mcm tu la the definition of life. bangunlah, life's much more than a mere hedonism. heh.

peringatan Maha Pencipta, utk saya, utk anda, utk semua:

(أَفَحَسِبتُم أَنَّما خَلَقنٰكُم عَبَثًا وَأَنَّكُم إِلَينا لا تُرجَعونَ (١١٥

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

(al-Mukminun: 115)


(وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ (٥٦

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”

(Az-Zariyat:56)


dan bukankah kita punya akal untuk memikirkan semua ini?

yea, memang iman manusia tu berbolak-balik. mcm dr jekyll and mr hyde, if i can put this in a metaphor. kita mohon perlindungan pada Allah, drpd syaitan yg sering mengindahkan dosa-dosa kita. dan kita mohon, setiap saat yg berlalu itu, tidak berlalu tanpa ada rasa perhambaan kpd Yg Maha Pencipta. semoga saki baki cuti ini dpt dimanfaatkan, ameen.


ohhh, sungguh terasa, spt terkena batang hidung sendiri.

last but not least,

قَد أَفلَحَ المُؤمِنونَ...وَالَّذينَ هُم عَنِ اللَّغوِ مُعرِضونَ

sungguh beruntung org yg beriman, ..., dan org2 yg menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yg tidak berguna(lagha). - copy pasted from ika's note.

.

4 comments:

athirahbaharuddin said...

as long as u forget God,i will never forget u.

fuh.

thanx kim.vid bgus.

sarahnabila said...

salam~ insyaAllah.. tujuan kte kt dunia hnye 2, ibadah dan khilafah..~ ktorg skrg sme tgh fight utk exam2 yg membukit ney..huu..~ape keadaan, bz ke x bz, tujuan hidup msti kne wat..dats our priority aite.. manusia sntiase wat alsan.. n likes choices so they can pick the easy one as ustaz amin said~ smoge Allah tsabatkn hati kte sme dlm ape jua keadaan insyaAllah~
jzkk for da reminder~
ps:do pray for me!!=)

silent reader... said...

thx for that 'mencengkam hati' entri..

ika said...

huhu.
terpukul-pukul.
min awwal ilal akhir.